PERKARAMAKLUMAN UNTUK IBU BAPA / PENJAGA
JUMLAH TETAMUHanya dua (2) orang ahli keluarga sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ahli keluarga lain boleh menunggu di ruangan yang telah disediakan.
PAKAIANTetamu Lelaki
Berpakaian kemas, baju kebangsaan atau lounge suit serta bertali leher atau Batik atau berpakaian kemas dan sopan serta berkasut.

Tetamu Wanita
Berpakaian kemas, baju kebangsaaan dan berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah serta kemas, sopan dan berkasut.
Ibubapa/tetamu diminta memberi kerjasama untuk mematuhi peraturan berpakaian yang telah disebutkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut akan menyebabkan tetamu dihalang masuk ke dalam dewan untuk menghadiri majlis konvokesyen.
KAMERA/ TELEFON BIMBITGraduan dan tetamu tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar /video semasa majlis graduasi sedang berlangsung. Skrin TV dipasang di bahagian luar dewan untuk tatapan umum. Sila pastikan telefon bimbit berada di dalam mod senyap sepanjang berada di dalam dewan.
MENINGGALKAN DEWANGraduan dan tetamu adalah tidak dibenarkan memasuki / meninggalkan dewan semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung.
MAKAN/MINUMIbubapa/tetamu digalakkan bersarapan pagi atau makan tengahari sebelum istiadat konvokesyen bermula.